Assalamu'alaikum..
Apa khabar rakan-rakan pembaca semua? Mari sama-sama kita ucapkan Alhamdulillah tidak kira apa sahaja yg Allah berikan kepada kita samada kesenangan mahupun ujian. Sesungguhnya Allah maha megetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. So kalau tengok tajuk saya kali ini, tentu anda semua tertanya-tanya apa yang hebat? Hebat bertempur ke? Hebat dari sudut kepimpinan ke? Sebenarnya hebat yang saya maksudkan adalah hebat dari sudut sahsiah, dakwah, kepimpinan, akhlak yang baik dan semua yang Islam telah gariskan.
Apabila duduk seorang diri, terngiang-ngiang lagi bait-bait nasyid Sunnah Berjuang yang selalu dinyanyikan oleh saya dan semua pelajar Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) . Nasyid tersebut merupakan dendangan kumpulan Nadamurni. Sungguh mendalam maksudnya bagi seorang da'ie dan pendakwah.
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.
Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.
Ya Allah..Rindunya zaman-zaman tesebut. Dididik dan diasuh oleh murabbi-murabbi yang hebat..Allahyarham Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain (Mudir MATRI), Ustaz Abdul Hadi Osman, Ustaz Muhtad, Ustaz Mahathir, Ustaz Omar, Sir Abduh dan ramai lagi murabbi-murabbi yang hebat ! Dikelilingi pula oleh sahabat-sahabat yang Allah kurniakan kehebatan dan fikrah yang mantap ! Akh Hilal Asyraf, Akh Muhaimin Misran, Akh Afdholul Rahman Cik Ani, Akh Nu'man Afifi Saadan, Akh Wafiy Akmal, Akh Ali Izzuddin, Akh Suhaib Alrumy, Akh Abdullah Khairi dan lain-lain yang tak dapat nak disenaraikan. Kini mereka semua telah berjaya menjadi da'ie-da'ie yang disegani dan menjadi ikon dan idola untuk para pendakwah muda dan pecinta Islam. Ya Allah, bilakah aku mampu menjadi seperti mereka? Ganjaran syurga-MU yang kekal abadi sangatlah aku dambakan.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ | تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ | يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
"Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin"
(Q.S. As-Saff (61) ayat 10-13)
So kenapa perlu tunggu-tunggu lagi? Kan Allah dah tawarkan satu PERNIAGAAN yang dapat selamatkan kita di akhirat? Ya Allah..Aku tidak pandai berdakwah. Aku tidak tahu apa yang perlu aku sampaikan. Masya-Allah. Ilmu dalam dunia ini amatlah luas. Bukan sekadar berdakwah bercakap tentang akhirat atau syurga neraka sahaja wahai rakan-rakan sekalian. Menuntut ilmu, bercakap perkara-perkara yang baik, menunjukkan teladan yang baik semuanya adalah da'wah. Tak pandai menulis, tunjukkan melalui sahsiah dan teladan. Subhanallah. Indahnya Islam.. Ikut sunnah Rasulullah pun dah cukup untuk berdakwah. Kenapa? Kerana Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran. Cuba kita sama-sama amati beberapa hadis & ayat Al-Qur'an di bawah ini..
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Q.S. Al-Ahzab (33) ayat 21)
"Hanyasanya aku ( Muhammad ) diutuskan ( oleh Allah Taala ) bagi menyempurnakan akhlak yang mulia"
( hadis riwayat malik di dalam muwatta' )
"Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran."
(Saidatina Aisyah)
Masya-Allah. Peluang dan contoh dah ada. Tinggal pada diri kita untuk ikut je. Moga-moga suatu hari nanti Allah akan jadikan kita hebat sehebat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab dan sahabat-sahabat yang lain. Bagi yang perempuan, semoga anda menjadi sehebat Saidatina Aisyah, Khadijah, Fatimah dan lain-lain.
Alhamdulillah, akhirnya Allah teleh memberi kesedaran kepada diri in. Betapa indahnya perasaan ini. Sya mendoakan semoga anda juga turut dapat merasai kemanisan ini. Saya masih teringat kata-kata ustaz-ustaz dan sahabat-sahabat di MATRI dahulu
"Sebenarnya hidayah Allah sentiasa ada di mana-mana. Tinggal pada diri kita sahaja untuk terima atau tidak. Bayangkan sebuah cawan yang diletakkan bertangkup terbalik didalam sebuah timba. Timba sebagai tubuh kita, cawan yang terbalik sebagai hati. Andaikata dicurahkan air sebanyak sebuah telaga pon belum tentu air tesebut dapat memenuhi cawan tersebut kerana cawan tersebut bertangkup, terbalik. Tetapi andaikata anda meletakkan cawan itu seperti yang sepatutnya, nescaya air walaupon setitik, tetap akan masuk ke dalam cawan tersebut. Itulah perumpamaan hati manusia dan hidayah Allah.."
So tepuk dada, tanya IMAN anda !
SELAMAT BERAMAL !! ^^
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
(Q.S. Al-'Imran (2) ayat 8)
Tweet
1 comments:
Perkongsian yang amat baik.
Teruskan menulis untuk islam.
InsyaALLAH sahabat, sama2 kita majukan diri kita dan menjinakkan roh kita untuk berada dalam jalan dakwah ini. :)
Post a Comment