RSS Feeds
Showing posts with label 1 Hari 1 Hadis. Show all posts
Showing posts with label 1 Hari 1 Hadis. Show all posts

Saturday, 7 April 2012

1 Hari 1 Hadis - Berjuang Menegakkan Agama Allah


عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللهِ
 
Daripada Abu Musa al-Asy’ari, Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah.”
(HR Bukhari & Muslim)



Saturday, 18 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Ganjaran orang yang soleh

Assalamu'alaikum..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعْتَ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah 'Azzawajalla berfirman: 'Aku sediakan untuk hamba-Ku yang soleh sesuatu yag tidak pernah didengar dengan telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia"
(HR Bukhari & Muslim)

Thursday, 16 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Penilaian Allah terhadap hamba-hamba Nya

Assalamu'alaikum..
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهَ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى أَجْسَادِ كُمْ وَلَا إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu"
(HR Muslim)

Tuesday, 14 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Jalan syurga dan neraka

Assalamu'alaikum..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: حُفَّتْ الْجَنَّةُ بِالْمًكًارِهِ، وَحُفَّتْ النَّارُ بِا لشَّهَوَاتِ

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."
(HR Bukhari & Muslim)

Saturday, 11 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Hiduplah di dunia seakan-akan orang asing

Assalamu'alaikum..

عَنِ عَبْدِ اْللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اْللهُ عَنْهُمَا قالَ: أَخَذَ رَسُولُ اْللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ: (كُنْ في اْلدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عا بِرُ سَبِيلٍ). وَكَانَ اْبْنُ عُمَرَ يَقُولُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ المَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَا تِكَ لِمَوْتِكَ

Diriwayatkan dari Ibn 'Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. memegang bahuku dan berkata, "Hiduplah di dunia ini seakan-akan kamu adalah orang asing atau pengembara. Jika umurmu mencapai malam hari, maka jangan menanti pagi hari. Dan jika umurmu mencapai pagi hari, maka jangan menanti malam hari. Ambillah waktu sihatmu untuk sakitmu dan ambillah masa hidupmu untuk matimu" 
(HR Bukhari)

Thursday, 9 February 2012

Ganjaran Menyampaikan Ilmu

Assalamu'alaikum..

عَنْ أَبِي اُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِبَ اللهُ عَنْهَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا، وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dah ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar dan menyebarkan perkara yang baik (ilmu) kepada manusia."
(HR Tirmizi)

Tuesday, 7 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Perumpamaan Orang Yang Menghafal Al-Quran

Assalamu'alaikum..
  
عَنِ اًبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اًللهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللهِ قاَلَ: اِنَّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الإِبِلِ المُعْقَلَةِ: اِنْ عَاهَدَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا، وَاِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ

Diriwayatkan dari Ibn 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Perupamaan seseorang yang menghafal Al-Quran dengan hatinya adalah ibarat pemilik unta-unta yang terikat. Jika ia mengikatnya, ia dapat mengendalikannya, jika ia dibiarkan, mereka akan kabur (tidak tentu arah)" 
(HR Bukhari)


Monday, 6 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Kenikmatan Yang Hakiki

Assalamu'alaikum..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَهُ عُنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dunia penjara orang Mukmin dan syurga orang kafir."
(HR Muslim)

Sunday, 5 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Iman Yang Sebenar

Assalamu'alaikum..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ والنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia lebih mencintaiku daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya"
(HR Bukhari & Muslim)

Saturday, 4 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Ketinggian Darjat Orang Yang Berilmu

Assalamu'alaikum..
 

عَنْ أَبِي اُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْلُ الْعَاِلمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ
 
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang 'abid adalah seperti kelebihanku dengn orang paling rendah darjatnya di kalangan kamu."
(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi)




Thursday, 2 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Ilmu Asas Kebaikan

Assalamu'alaikum..


عّنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اللُه عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ يُرِدِ اللَهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
 
Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama (ilmu) kepadanya."
(HR Bukhari & Muslim)


Wednesday, 1 February 2012

1 Hari 1 Hadis - Kekayaan Yang Sebenar

ِAssalamu'alaikum.. 


لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النِّفْسِ
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa"
(HR Bukhari & Muslim)

Tuesday, 31 January 2012

1 Hari 1 Hadis - Kebaikan Dalam Islam

Assalamu'alaikum..


"Apabila seorang hamba (manusia) masuk Islam dan bagus keislamannya, maka Allah menghapuskan darinya segala kemungkaran yang dilakukannya pada masa lalu. Sesudah itu berlaku hukum pembalasan. Iaitu, suatu kebaikan (dibalas) dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali lipat; sedangkan kemungkaran hanya dibalas sepadan dengan kejelekan itu, kecuali jika Allah memaafkannya."
(HR Bukhari)

Monday, 30 January 2012

1 Hari 1 Hadis - Musibah Adalah Ujian Allah

Assalamu'alaikum..

 “Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” 
 (HR Bukhari)