RSS Feeds

Tuesday 24 January 2012

Tujuan Asal Penciptaan Manusia

Assalamu'alaikum...

 Apa khabar para pembaca sekalian? Semoga kalian berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya. Saban hari kita hidup disajikan dengan pelbagai berita mengenai keruntuhan Akhlak dalam institusi kemasyarakatan. Kpop, punk, skin head, semuanya telah menjadi gaya hidup dan hiburan dalam hidup masyarakat. kehidupan yang sepatutnya diisi dengan cahaya Islam telah disajikan dengan pelbagai bentuk hiburan dan keindahan duniawi sehingga kita telah lupa apakah tujuan asal penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” 
(QS. Adz –Dzariyat: 56 )

 Daalam surah di atas, dengan jelasnya Allah menyatakan bahawa manusia dan jin telah dicipta hanya untuk beribadah kepada Allah s.w.t..Bercakap mengenai 'Ibadah, manusia seringkali menyempitkan skop ibadah hanya terhad kepada solat, puasa dan zikir. Namun begitu, kebesaran Allah s.w.t. telah menunjukkan kepada kita bahawa Islam adalah agama yang mudah. Apa sahaja yang dilakukan adalah Ibadah jika ia menepati syari'at Islam dan dilakukan niat hanya kepada Allah s.w.t..Saya yakin sidang pembaca sekalian telah sentiasa diingatkan mengenai hadis berkaitan dengan niat malah ada yang telah menghafalnya. Namun, adakah kita betul-betul memahami maksud hadis tersebut? Diriwayatkan daipada Amirul Mukminin Abu Hafsh 'Umar bin Khatab r.a., ia berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki."
(HR Bukhari & Muslim)

Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita sama-sama sedar dan muhasabah kembali apakah kita telah memenuhi tujuan penciptaan kita sebagai khalifah di muka bumi? Adakah kita telah mengabdikan diri kita kepada Allah? Adakah sudah cukup amalan kita andaikata Allah tidak mengizinkan kita untuk hidup diatas muka bumi ini hanya dalam satu helaan nafas lagi? Sedarlah wahai saudara-saudaraku sekalian..Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Rahmat Allah diatas muka bumi ini hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan rahmat & nikmat Allah di akhirat. Saya akhiri perkongsian ini dengan dua hadis Rasulullah s.a.w..Semoga ia dapat menjadi pedoman dan peringatan kepada kita..InsyaAllah..


"Sesungguhnya Allah s.w.t. memiliki 100 rahmat (nikmat). Satu rahmat daripadanya diturunkan-NYA dan dibahagi-bahagi di antara jin, manusia, haiwan-haiwan besar dan kecil. Dengan rahmat yang satu itu, semua makhluk tersebut saling sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi. Dengn rahmat yang satu itulah seekor keldai liar menyayangi anaknya. Adapun rahmat yang 99 lagi disediakan Allah s.w.t. buat kehidupan di akhirat. Dengn rahmat yang 99 itulah Allah mengasihi hamba-NYA pada hari kiamat"
(Muttafaq 'Alaih)
"Allah menciptakan rahmat dalam 100 bahagian. Dia menahan disisi-NYA 99 bahagian dan menurunkan ke bumi satu bahagian sahaja"
(HR Bukhari)


0 comments:

Post a Comment