RSS Feeds

Thursday 26 January 2012

Wahai wanita..Malulah anda !

Assalamu'alaikum..

Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. 
(HR Bukhari dan Muslim)

Apa khabar sidang pembaca sekalian? Diharapkan semua berada di dalam limpah rahmat kasih sayang Allah. Sebelum anda memulakan pembacaan anda, marilah kita bersama-sama mengucapkan kalimah kesyukuran kita, Alhamdulillah, kerana Allah masih mengurniakan kita peluang untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kita di muka bumi Allah ini.

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Okay. Saya rasa sidang pembaca semua tahu nasyid ini kan? Saya bukan nak promote nasyid, tetapi saya nak ajak pembaca semua terutama kaum wanita untuk sama-sama menyelami maksud nasyid ini. Insya-Allah fokus saya dalam perkongsian ini adalah mengenai sikap MALU yang saya lihat semakin lama, semakin pudar dalam diri seorang wanita. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang merupakan seorang lelaki pun mempunyai rasa malu.

“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada di sebalik tirainya.”
(HR Ahmad – sahih)

Mengapa saya kata begitu? Anda sendiri dapat lihat di mana-mana sahaja di bumi Allah ini bagaimana senangnya untuk seorang lelaki keluar berdua-duaan, berpimpinan tangan, di hadapan khalayak ramai tanpa sedikit pon mempunyai rasa malu. Malah mereka merasa begitu megah sekali mempamerkan "pakwe" masing-masing. Tambah-tambah lagi yang mempunyai wajah yang tampan. Wahai wanita, sesungguhnya kehadiran Islam telah mengangkat martabat kaum wanita. Mengapakah anda dengan mudahnya menjatuhkan martabat dan penghormatan tersebut? Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : 

"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu"
(HR Baihaqi)

Bagaimanakah perasaan malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita? Wahai wanita-wanita sekalian, sedarkah anda bahawa suara anda, tubuh badan anda, perilaku anda dan pergaulan anda sendiri adalah aurat? Apabila anda bergayut di handphone anda, tidakkah anda merasa malu mendedahkan suara anda sedangkan anda sendiri tahu bahawa suara anda mampu untuk menaikkan syahwat kaum adam. Bukankah suara itu hanya layak pada seorang lelaki yang bergelar suami? Bagaimana pula dengan tubuh badan anda? Anda memakai pakaian yang ketat-ketat sehingga mampu membuatkan mata lelaki tergamam. Macam kena pukau. Ikut saje pergerakan anda ke mana sahaja. Sedangkan Islam telah meletakkan panduan zon aurat wanita adalah seluruh anggota anda kecuali muka dan tapak tangan. Bagaimana pula dengan perilaku dan pergaulan? Anda dengan tanpa segan silu bergaul dan bermesra dengan lelaki yg bukan mahram anda. Saya sebagai mahasiswa dapat lihat situasi ini di kampus-kampus. Apabila ditegur, dijawabnya kami hanya berkawan, kami tak pegang-pegang, tak sentuh-sentuh. Namun tidakkah anda merasa malu mempamerkan kelakuan anda dihadapan lelaki-lelaki tersebut? Bagaimana pula dalam twitter, facebook dan sebagainya? Kalau dulu, lelaki tegur wanita. Namun sekarang wanita pula yang tegur lelaki. Saya tidak cakap lelaki tegur wanita itu dibenarkan. Saya tekankan ISLAM tidak membenarkan cara sebegitu. Tetapi saya sengaja tekankan pada kaum wanita pada post kali ini. Dengan tidak ada rasa malu, anda menegur, ajak kaum lelaki chat, tanya sihat atau tidak. Adakah itu satu keperluan? Walau bagaimanapun, Tidak salah jika anda bertanyakan perkara-perkara atau urusan-urusan yang benar-benar penting. Sebenarnya banyak hadis-hadis dan ayat Al-Qur'an yang menceritakan mengenai malu seorang perempuan. Antaranya :


"Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman."
(HR Bukhari dan Muslim)

"Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu."
(HR Bukhari)

“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” 
(25: al-Qasas)


Dalam kesempatan ini, saya nak share dua kisah berkenaan dua orang sahabat saya di kampus. Kisah pertama mengenai pemakaian. Sahabat saya ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai paras rupa. Tetapi demi untuk menjaga maruah dan kerana mempunyai rasa malu terhadap Allah, dengan tidak memperdulikan kata-kata orang lain, dengan selamba je dia memakai seluar track, baju yang besar dan bertundung labuh menemani kakaknya ke pasaraya besar. Sedangkan pada masa kini, perempuan bila nak keluar je ke shopping complex, mesti nak mekap lawa-lawa, lipstik tebal-tebal, dengan maskara lagi. Baju jangan cakap lah. Sedangkan sahabat saya ini selamba je sedangkan banyak mata-mata yang memandang pelikdan tak kurang juga yang mengata-ngata. Apabila ditanya, dengan tenang sahabat saya cakap, aku lagi malu kat Allah. Semua ini aku jaga hanya untuk Allah dan juga untuk bakal suami aku. Ramai cakap kolot tetapi itulah pendirian sahabat saya yang amat saya kagumi. Subhanallah. Masih adakah wanita seperti ini di zaman ini?


Kisah kedua pula berkenaan rahsia peribadi. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan tentang makanan kegemarannya. Soalan yang tak penting pon. Sekadar nak isi rasa boring. Tiba-tiba rakan saya tu cakap itu rahsia. Saya tanya pula pasal minuman. Pon rahsia jugak. Saya tanya habis tu apa yang tak rahsia? Rakan saya jawab semua tentang saya adalah rahsia. Dari situ baru saya sedar yang rakan saya itu sebenarnya sedang menjaga segalanya tentang dirinya hanya untuk seorang suami. Malu rasanya andai perkara yang perlu diketahui oleh suami telah diketahui oleh orang lain terlebih dahulu. Bagi kita mungkin tak ada apa-apa. Tetapi bg rakan saya, dia sedang berusaha untuk menjaga segala yang ada hanya untuk suaminya.


Sekadar renungan untuk anda wahai wanita. Ramai wanita menyangka kaum lelaki mahukan wanita yang cantik, seksi, tunjuk aurat dan sebagainya. Tetapi sedarlah anda bahawa kaum lelaki hanya mahukan semua itu untuk keseronokan dan enjoy. Hakikatnya untuk berkahwin, seorang lelaki mahukan wanita yang menjaga auratnya, memelihara maruahnya, taat perintah Allah, mempunyai sifat MALU dan mampu mndidiknya dan menegurnya sekiranya ada terbuat salah. Anda mahukah membeli barang second hand yang dah calar, rosak, penuh cap jari? Tentunya TIDAK, kan? Begitulah juga kaum adam. Mahukan wanita yang menjaga kehormatan diri dan tidak pernah disentuh. WAHAI WANITA, JADILAH MAWAR BERDURI YANG MANA CANTIK TETAPI MEMPUNYAI DURI-DURI TAJAM YANG MELINDUNGINYA. TIDAK ADA SESIAPA YANG MAMPU MENYENTUH MAWAR TERSEBUT KECUALI YANG BENAR-BENAR LAYAK.


Sebelum saya akhiri perkongsian saya, ingin saya kongsikan satu kisah betapa pemalunya Saidatina Aisyah wlaupun terhadap mayat yang telah dikuburkan dan tidak bernyawa.


Ummul mukminin saidatina Aisyah berkata, "Setiap ali aku masuk ke rumahku yang didalamnya dimakamkan jasad Rasulullah s.a.w. dan ayahku sendiri, dan ketika hendak membuka baju, aku berkata dalam hati, 'Tidak perlu malu kerana di sini hanya ada suamiku dan ayahku sendiri.' Tetapi setelah Umar r.a. dimakamkan di situ, demi Allah, setiap kaliberada di dalam rumah aku sentiasa memakai pakaian yang lengkap kerana malu kepada Umar r.a." 
(Al-Qurtubi, Bahjah al-Majalis)




*Nak nasyid tadi? klik Puteriku Sayang - Hijjaz
*Selamat beramal ! ^^


0 comments:

Post a Comment