RSS Feeds

Thursday 2 February 2012

10 Muwasafat Tarbiyah

Assalamu'alaikum..

Apa khabar rakan pembaca sekalian? Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kita kesempatan untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM. So hari ini saya akan kongsi sedikit mengenai 10 Muwasafat Tarbiyah.


Apa itu Muwasafat Tarbiyyah

Muwasafat berasal daripada perkataan akar (wa-sho-fa) yang membawa maksud ciri-ciri atau watak. Muwasafat pula adalah pelaku kepada perkataan wa-sho-fa tersebuut (dalam arab adalah fa'il) yang bermaksud penyerlahan watak secara khusus. Menurut Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, tarbiyyah adalah cara terbaik untuk mengubah manusia dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Sehubungan itu, Muwasafat Tarbiyyah ialah ciri-ciri ataupun peribadi yang perlu ada pada seorang muslim untuk menjadi kader-kader dan da'ie yang baik.

"Kamu (wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faeda) umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang daripada segala yang salah serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman, tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik"
(Q.S. Al-Imran (3) ayat 110)


So apakah 10 Muwasafat Tarbiyyah itu?

1) Salimul Aqidah (Aqidah yang sejahtera)
2) Sahihul Ibadah (Ibadah yang betul)
3) Matinul Quluq (Ahlak yang mantap)
4) Qadiran 'Ala Qasbi (Mampu berusaha/berdikari)
5) Mutsaqqaful fikri (Berpengetahuan luas)
6) Qowiyyul Jismi (Kuat tubuh badan)
7) Mujahadatun Linafsihi (Mampu melawan nafsu)
8) Haritsun 'ala Waqtihi (Menjaga waktu)
9) Munazzhamun fil Syu'unihi (Tersusun urusannya)
10) Naafi'un Lighoirihi (Berguna untuk orang lain)

Jadi sahabat-sahabat pembaca semua, adakah kita mempunyai cir-ciri ini untuk menjadi seorang da'ie yang membawa imej Islam dimana-mana sahaja. Jangan lupa, BERDAKWAH ADALAH WAJIB bagi seorang Muslim tidak kira di mana sahaja kita berada. Tidak semestinya berdakwah dengan memberi ceramah sebagainya. Akhlak dan tingkah laku yang baik sudah dikira da'wah. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita. Sebar-sebarkan perkongsian ini. Semoga apabila Allah menarik nyawa kita kelak, kita mendapat manfaat dari Ilmu yang bermanfaat.

SELAMAT BERAMAL !! ^^
  

0 comments:

Post a Comment