skip to main |
skip to sidebar
RSS Feeds
Sedarkah kita, bahawa walaupun dengan hanya melakukan perkara-perkara rutin harian seperti makan dan minum, ianya sudah boleh dianggap kita sedang beribadat kepada Allah. Betulkah kenyataan ini?
Apakah yang membezakan antara makan sebagai adat atau kelaziman harian dengan makan sebagai beribadat kepada Allah?.
Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang akan menjadikan amalan rutin harian seperti makan dan minum dianggap sebagai ibadat. Pertamanya, kita hendaklah membetulkan niat kita terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Keduanya, hendaklah setiap aktiviti dan tingkah-laku kita, merujuk contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. . Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Begitu juga dalam Surah Ali ‘Imran ayat : 132, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Sebenarnya, ada banyak panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita dalam hal makan dan minum. Antaranya ialah
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w mengajar Umar bin Abi Salamah yang masih kecil dengan nada manja untuk mendidik :
Dalam sebuah hadis yang lain pula,
Berdasarkan ketiga-tiga contoh saranan Rasulullah, jelas kepada kita bahawa, sebelum makan hendaklah kita membaca ‘Bismillah’ terlebih dahulu dan jika kita terlupa dan terus makan, ada juga bacaan yang Rasulullah ajarkan juga kepada kita setelah kita ingat.
Kita biasa mendengar dan melihat, ramai orang yang makan banyak tetapi masih rasa lapar dan tidak kenyang. Adakah kerana makanan tersebut dikongsi bersama syaitan?
Moga nota ringkas ini dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada kita, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kita. Yakinlah, dalam perkara-perkara sekecil makan dan minum pun kita masih boleh meraih pahala dan ganjaran ibadat yang dijanjikan oleh Allah kepada kita.
Dicopy dari Qaseh Qommunity
Tweet
TAJUK : HADIS-HADIS TENTANG MAHDI DARI PERSPEKTIF ASWJ
PENYAMPAI : DR. RADZI OTHMAN (USM)
TEMPAT : MEDIU
Bismillahirrahmanirrahim.
PENDAHULUAN
11. Dalam hadis riwayat Abu Hurairah ( Sahih Bukhari dan Muslim) dan hadis riwayat Jabir bin Abdillah ( Sahih Muslim) yang mana kalimah Mahdi tidak disebut secara sarih (jelas).
12. Kenapa Imam Bukhari dan Muslim tidak meriwayat hadis yang mempunyai lafaz al-Mahdi?
13. Jawapannya Wallahua’lam, mungkin ia berkaitan dengan syarat yang dikehendaki oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sendiri
15. Ini kerana kita menerima ia seadanya dari hadis sahih, dari hadis hasan Lizaatiih dan hasan Lighairiih yang berfungsi sebagai penyokong hadis sahih.
16. Namun ada juga hadis tentang Mahdi yang sangat dhaif, yang statusnya maudhu’ , yang tidak boleh dijadikan ambilan seperti hadis Mahdi al-Askari yang berasal dari riwayat2 Syiah.
17. Terdapat ramai manusia yang digelar sebagai Mahdi seperti;
Isi-Isi Penting.
Hadis yang Sahih tentang al-Mahdi kita tidak boleh tolak, adapun hadis yang dhaif dan maudhu’ tentang al-Mahdi boleh ditolak.
Fikri : Saya telah mengulas di dalam thread namun ia seperti mencurah air ke daun keladi.
أما الأحاديث الموضوعة في المهدي وغيره فإنه يجب التحذير منها وتنزيه رسول الله - صلى الله عليه وسلم - منها، وأما الأحاديث الضعيفة فإنها تذكر للاستشهاد لا للاعتماد، وأما الصحاح والحسان فإنه يجب قبولها والتسليم لمن جاءت عنه، وهو النبي - صلى الله عليه وسلم - قال الله -تعالى-: {فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا *}
Akhirnya Ustaz Fauzan menutup Kuliah dengan Kalam Imam Zuhri yang sangat baik,
Daripada Allah Ar-Risalah, dan Dari Rasul al-Balagh, dan ke atas Kita at-Taslim (menerimanya).
Fikri Az-Zahabi : Alhamdulillah, selesai perbincangan tentang al-Mahdi.
Telah teranglah yang benar itu seperti terangnya cahaya matahari di siang hari dan cahaya rembulan di malam hari, dan yang salah itu telah menjadi rapuh dan telanjang daripada kebenaran. Dan ilmu itu kembali kepada ahlinya.
Jika ada kesalahan atau kesilapan, mohon maklumkan. Dari Fikri, Hamba Allah yang berbayangkan kesilapan.
Nota dari : Fikri Az-Zahabi
Tweet
Tweet
Tweet
Hentian Perjalanan
Bermusafir berkelana mencari bekalan menuju syurga yang kekal abadi..
Tuesday, 15 May 2012
Sunday, 13 May 2012
Makan dan minum sebagai ibadat ?
Makan dan Minum sebagai ibadat? by Cikgu Rosman
Kasih dan cinta Allah s.w.t. kepada kita semua sebagai hambaNya dan umat nabi Muhammad s.a.w., diberikan begitu banyak kemudahan dan kelebihan untuk kita meraih pahala dan ganjaran Allah s.w.t.
Sedarkah kita, bahawa walaupun dengan hanya melakukan perkara-perkara rutin harian seperti makan dan minum, ianya sudah boleh dianggap kita sedang beribadat kepada Allah. Betulkah kenyataan ini?
Apakah yang membezakan antara makan sebagai adat atau kelaziman harian dengan makan sebagai beribadat kepada Allah?.
Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang akan menjadikan amalan rutin harian seperti makan dan minum dianggap sebagai ibadat. Pertamanya, kita hendaklah membetulkan niat kita terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang diingininya”.
(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
Keduanya, hendaklah setiap aktiviti dan tingkah-laku kita, merujuk contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. . Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
"Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah dan Hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya".
(Surah Al Ahzab ayat : 21)
(Surah Al Ahzab ayat : 21)
Begitu juga dalam Surah Ali ‘Imran ayat : 132, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Dan taatilah Allah dan Rasul agar kamu diberi rahmat."
Sebenarnya, ada banyak panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita dalam hal makan dan minum. Antaranya ialah
“Apabila seseorang dari kamu memakan makanan maka hendaklah dia berkata : Bismillah, dan jika dia lupa membaca pada awalnya, hendaklah dia berkata : Bismillah fi Auwalihi wa Aakhirihi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud, al-Tirmidzi).
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w mengajar Umar bin Abi Salamah yang masih kecil dengan nada manja untuk mendidik :
“Wahai budak lelaki, bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu.
(Hadis riwayat al-Bukhari)
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam sebuah hadis yang lain pula,
"Seorang lelaki makan di hadapan Rasulullah s.a.w. dan dia terlupa untuk menyebut nama Allah s.w.t. di awalnya. Lalu apabila tiba suapan yang terakhir, barulah dia menyebut ‘Bismillah awwalahu wa aakhirahu.
Maka Rasulullah s.a.w ketawa lalu berkata: “Sejak tadi, syaitan makan bersamanya, lalu apabila dia menyebut nama Allah, maka syaitan itu memuntahkan apa yang ada di dalam perutnya”. (Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i)
Maka Rasulullah s.a.w ketawa lalu berkata: “Sejak tadi, syaitan makan bersamanya, lalu apabila dia menyebut nama Allah, maka syaitan itu memuntahkan apa yang ada di dalam perutnya”. (Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i)
Berdasarkan ketiga-tiga contoh saranan Rasulullah, jelas kepada kita bahawa, sebelum makan hendaklah kita membaca ‘Bismillah’ terlebih dahulu dan jika kita terlupa dan terus makan, ada juga bacaan yang Rasulullah ajarkan juga kepada kita setelah kita ingat.
Kita biasa mendengar dan melihat, ramai orang yang makan banyak tetapi masih rasa lapar dan tidak kenyang. Adakah kerana makanan tersebut dikongsi bersama syaitan?
Moga nota ringkas ini dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada kita, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kita. Yakinlah, dalam perkara-perkara sekecil makan dan minum pun kita masih boleh meraih pahala dan ganjaran ibadat yang dijanjikan oleh Allah kepada kita.
Dicopy dari Qaseh Qommunity
Tweet
Thursday, 12 April 2012
Hadis-hadis tentang Mahdi dari perspektif ASWJ (Prof Madya Dr. Mohd Radzi Bin Othman - USM)
Assalamu'alaikum..
Apa khabar sidang pembaca semua? Alhamdulillah kelmarin saya telah berkesempatan untuk join 1 diskusi ilmiah yang berkenaan hadis-hadis tentang Mahdi dari perspektif Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Perkongsian disampaikan oleh salah seorang tokoh dalam bidang hadith, Prof Madya Dr Radzi bin Othman.
Okay..sebelum mula, saya nak introduce dulu tentang Prof Madya Dr Radzi bin Othman. Setelah tamat pengajian sekolah menengah, Dr Radzi telah menyambung pengajian di Universiti Madinah, Arab Saudi dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (DEGREE) HADITH. Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (MASTER) juga dalam bidang HADITH, dan seterusnya ke peringkat tertinggi, Ijazah Kedoktoran (PHD) juga dalam bidang HADITH. Ketiga-tiga peringkat pengajian telah dilakukan di Universiti Madinah, Arab Saudi.
Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin. Berusia 57 tahun, Prof Madya Dr. Mohd. Radzi pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang selama 11 tahun. Sejak 23 tahun lalu, beliau ialah ahli Majlis Fatwa Perlis selain menjadi penasihat syariah Bank Rakyat. Beliau juga menulis buku dalam bahasa Arab mengenai sejarah sahabat Nabi dan gerakan pembaharuan dalam Islam. Kini beliau telah 23 tahun berkhidmat sebagai Pensyarah Jabatan Pengajian Islam di USM dan masih berkhidmat di situ.
Berikut saya kongsikan sedikit nota dan catatan dari salah seorang sahabat yang hadir ke diskusi tersebut..

- Perkara-perkara ghaib di luar kemampuan akal kita samada yang sudah berlaku atau belum berlaku.
- Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". [ Surah al-Isra’ ayat 85]
- Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). [Surah al-Hasyr ayat 7]
- Pendirian ulama akidah ialah menerima seadanya. Begitu juga dengan perkara ghaib seperti Imam Mahdi yang berlaku sebagai tanda hampirnya kiamat.
- Beberapa maklumat tentang Imam Mahdi;
- Berada di dunia pada 6-9 tahun.
- Tiada sumber yang jelas tentang kelahirannya
- Imam Mahdi ialah individu.
- Dia dikenali sewaktu dia sedang tawaf di Masjidil Haram.
- Riwayat tentang Mahdi berada di sekitar seramai 25-26 orang sahabat, oleh sebab itu ia mutawatir maknawi. Namun hadis2 itu masih dalam kategori hadis ahad.
- Ulama-ulama yang telah mentakhrij hadis-hadis tentang Imam Mahdi seramai 38 orang.
- Tentang kesahihan riwayat, Imam Syaukani telah menjejaki sebanyak 50 hadith, di mana terdapat sebahagian daripadanya hadis-hadis yang sahih, sebahagian baki yang lain terdiri daripada hasan lizatiih, hasan lighairihi ( iaitu diangkat dari hadis dhaif yang khafif(ringan).
- Hadis yang sahih boleh dipakai sebagai dalil. Begitu juga dengan hasan lighairiih yang digunakan bersama hadis hasan lizatiih. Hadis dhaif yang khafif sebagai syawahid dan semua hadis itu saling menafsirkan antara satu sama lain.
11. Dalam hadis riwayat Abu Hurairah ( Sahih Bukhari dan Muslim) dan hadis riwayat Jabir bin Abdillah ( Sahih Muslim) yang mana kalimah Mahdi tidak disebut secara sarih (jelas).
12. Kenapa Imam Bukhari dan Muslim tidak meriwayat hadis yang mempunyai lafaz al-Mahdi?
13. Jawapannya Wallahua’lam, mungkin ia berkaitan dengan syarat yang dikehendaki oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sendiri
- Kita tahu syarat kedua2 Imam ini iaitu mesti adanya pertemuan antara perawi (al-Luqiyah) atau kemungkinan adanya pertemuan antara perawi (Imkaan al-Luqiyah).
15. Ini kerana kita menerima ia seadanya dari hadis sahih, dari hadis hasan Lizaatiih dan hasan Lighairiih yang berfungsi sebagai penyokong hadis sahih.
16. Namun ada juga hadis tentang Mahdi yang sangat dhaif, yang statusnya maudhu’ , yang tidak boleh dijadikan ambilan seperti hadis Mahdi al-Askari yang berasal dari riwayat2 Syiah.
17. Terdapat ramai manusia yang digelar sebagai Mahdi seperti;
- Khulafa Rasyidin yang Empat
- Umar Abdul Aziz
- Dan ramai lagi
Isi-Isi Penting.
- Hadis Abu Hurairah (dalam Sahih Bukhari dan Muslim)
- Di dalamnya disebut kalimah « rajulun » yang mengimami solat Subuh.
- Nama Muhammad bin Abdillah (daripada hadis-hadis yang lain di dalam Sunan) yang menjelaskana siapakah « rajulun » di dalam hadis Sahih Bukhari dan Muslim.
- Terdapat beberapa kitab yang menyebut tentang Hadis-hadis tentang Mahdi ;
- Seperti Imam As-Suyuti di dalam kitabnya
- i. Lihat di sini dan boleh download bukunya di sini.
- ii. http://akidatuna.blogspot.com/2012/03/blog-post_17.html
- Juga buku tulisan Abu Bakar Ibn Abi Haitsamah yang disebutkan oleh Ibnu Khaldun di dalam Mukaddimah Ibnu Khaldunnya.
- Juga dalam buku Hadis-Hadis tentang Mahdi oleh al-Hafiz Abu Naiem.
- Al-Hafiz Ibnu Kathir telah menulis di dalam buku al-Fitan wa al-Malahim
- Ibnu Hajar al-Makki di dalam bukunya al-Qawl al-Mukhtasar Fi 3alamah al-Mahdi al-Muntazhar
- As-Safariini di dalam Lawami3 al-Anwar al-Bahiyyah
- Mulla Ali Qari di dalam Sharh al-Misykah
- Mulla Ali Qari di dalam al-Masyrab al-Ward Fi Mazhab al-Mahdi
- Imam Syaukani di dalam bukunya at-Tawdiih Fi Tawatur al-Mahdi al-Muntazhar Wa Ad-Dajjal Wa al-Masiih.
- i. Beliau menyatakan bahawa hadis tentang Mahdi ialah mutawatir maknawi
- Ibnu Khaldun agak mutaraddid ( ragu-ragu) dan tidak jelas ketegasannya.
- Dan keraguan inilah yang menjadi punca bermula idea yang meragui fikrah Imam Mahdi
- Fikri : Saya sudah mengajukan soalan ini kepada pembentang beberapa hari sebelum CAC, namun jawapannya amat mengecewakan dan ternyata jawapannya diperolehi ketika di MEDIU.
- Imam Suyuti telah menyebutkan hampir 200 hadis tentang al-Mahdi yang terdiri daripada hadis Sahih, Hasan, Dhaif dan Maudhu.
- Hadis Ummu Salamah(dlm buku tulisan Imam Suyuti)
- عن أم سلمة قالت سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول المهدي من عترتي من ولد فاطمة . ( صحيح ) _ ابن ماجه 4086
- Hadis Mahdi tidak tergugat langsung dengan hadis “La Mahdi Illa Isa”
- Ini kerana di dalamnya terdapat perawi yang bernama Muhammad Ibn Khalid al-Janadi yang tidak diketahui (jahalah ar-ruwat)
- Hadis ini tidak sahih dari segi sanadnya.
- Imam Qurtubi di dalam kitabnya at-Tazkirah telah menyatakan bahawa La Mahdi Haqiqi Illa Isa,
- Akan tetapi ulama telah mengatakan bahawa Al-Qurtubi telah membuat andaian sahaja.
- Hukum Tolak Fikrah al-Mahdi (Ismail Faruqi)
- Jawapannya : Seperti hukum menolak hadis Sahih.
- Adakah Ia Usul? (Ismail Faruqi)
- Jawapannya : Ia Usul, kerana tiada ruang untuk berijtihad.
- Dari mana datangnya kalimah al-Muntazhar (Nawawi)
- Tiada asalnya
- Bagaimanapun ia ditunggu2, maka wujudlah kalimah al-Muntazhar.
- Tambah Dr. : Hadis tentang Dajjal, Isa AS, Imam Mahdi Mutawatir Maknawi.
- Tambahan Dr : Kenapa Muktazilah tidak mencelah dalam perkara ini?
- Jawapannya : Wallahua’lam
- Dalil Imam a-Mahdi membantu Isa? (Nawawi)
- Ada di dalam Sunan Abu Daud (13 hadis)
- Nawawi membantah kenyataan ini dan tidak menemuinya, bagaimanapun beliau mengakui di dalam kitab Imam As-Suyuti.
- Respon Dr : Dr akan menelitinya kembali.
- Larangan Imam Ahmad terhadap hadis Mahdi. (Nawawi)
- Jawapan : Ini kerana masalah ingatan Abdullah bin Ahmad (anak Imam Ahmad)
- Oleh kerana itu ada hadis Ziyadat Abdillah yang maudhu’.
- Tentang Muhammad bin Abdillah Nafs Zakiyyah yang mengaku Mahdi dan terbunuh?
- Jawapannya : Beliau salah seorang Mahdi juga, tetapi bukan Mahdi yang dimaksudkan pada akhir zaman.
- Bolehkah panggil gelaran al-Mahdi? (Nawawi)
- Jawapannya : Boleh.
Hadis yang Sahih tentang al-Mahdi kita tidak boleh tolak, adapun hadis yang dhaif dan maudhu’ tentang al-Mahdi boleh ditolak.
Fikri : Saya telah mengulas di dalam thread namun ia seperti mencurah air ke daun keladi.
أما الأحاديث الموضوعة في المهدي وغيره فإنه يجب التحذير منها وتنزيه رسول الله - صلى الله عليه وسلم - منها، وأما الأحاديث الضعيفة فإنها تذكر للاستشهاد لا للاعتماد، وأما الصحاح والحسان فإنه يجب قبولها والتسليم لمن جاءت عنه، وهو النبي - صلى الله عليه وسلم - قال الله -تعالى-: {فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا *}
Akhirnya Ustaz Fauzan menutup Kuliah dengan Kalam Imam Zuhri yang sangat baik,
Daripada Allah Ar-Risalah, dan Dari Rasul al-Balagh, dan ke atas Kita at-Taslim (menerimanya).
Fikri Az-Zahabi : Alhamdulillah, selesai perbincangan tentang al-Mahdi.
Telah teranglah yang benar itu seperti terangnya cahaya matahari di siang hari dan cahaya rembulan di malam hari, dan yang salah itu telah menjadi rapuh dan telanjang daripada kebenaran. Dan ilmu itu kembali kepada ahlinya.
Jika ada kesalahan atau kesilapan, mohon maklumkan. Dari Fikri, Hamba Allah yang berbayangkan kesilapan.
Nota dari : Fikri Az-Zahabi
Tweet
Labels:
Fikrah
Wednesday, 11 April 2012
Sunday, 8 April 2012
Sesungguhnya Allah itu sangat dekat
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah (sangat) dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia meminta kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran”
(Al-Baqarah : 186)
Visit Izzuddinrosman Tumblr
Tweet
Saturday, 7 April 2012
1 Hari 1 Hadis - Berjuang Menegakkan Agama Allah
عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللهِ
Daripada Abu Musa al-Asy’ari, Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah.”
(HR Bukhari & Muslim)
Source : Izzuddinrosman Tumblr
Tweet
Labels:
1 Hari 1 Hadis,
Tarbiyyah
Izzuddin Rosman
- Unknown
Followers
Follow My Page
Popular Posts
-
Assalamu'alaikum... Apa khabar sumer ? Sihat ? Oke lah..so hari ni aku nak bincang sikit pasal isu masa bekerja cikgu-cikgu dari 8 jam ...
-
Assalamu'alaikum.. عَنِ عَبْدِ اْللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اْللهُ عَنْهُمَا قالَ: أَخَذَ رَسُولُ اْللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِ...
ISLAMIC QUOTE
Bacaan Tetap
-
-
-
-
-
RUKUN IMAN - DR. ABU ANAS MADANI12 years ago
-
-
-
Shabab
-
Deepavali kami 20195 years ago
-
-
Karya Sulung BroHamzah | Monolog Dari Hati10 years ago
-
~ Berhabuk ~11 years ago
-
Ramadhan pesta makan11 years ago
-
-
T.T11 years ago
-
Hari terakhir Admin12 years ago
-
aku nak kawen camnih nanti...huyyoo12 years ago
-
-
-
-
-
Nisa'
-
-
Shopping Raya Jimat di KWC3 years ago
-
Long Time No See5 years ago
-
random mine8 years ago
-
Miss You Already (2015)9 years ago
-
Perjalanan Baru bakal bermula...9 years ago
-
-
-
Hangat - hangat tahi ayam~~!!10 years ago
-
-
Short Update..12 years ago
-
HARUN YAHYA12 years ago
-
||| Keluarga Baru :) |||12 years ago
-
-
Total Pageviews
Labels
1 Hari 1 Hadis
(14)
Fikrah
(1)
Isu
(1)
Luahan Hati
(2)
Tarbiyyah
(10)
Wallpaper
(2)
Wordless Wednesday
(3)
Blog Archive
Copyright 2009
Hentian Perjalanan. Powered by Blogger
Blogger Showcase - Submit Your Blog Blogger Templates created by Deluxe Templates | Blogger Styles | Best Credit Card Offers
Wordpress theme by Site5
Blogger Showcase - Submit Your Blog Blogger Templates created by Deluxe Templates | Blogger Styles | Best Credit Card Offers
Wordpress theme by Site5